Wednesday 29 October 2014

10 GAMBAR COMEL ATIKAH SUHAIME HEROIN BILA HATI BERBICARA

10 GAMBAR COMEL ATIKAH SUHAIME HEROIN BILA HATI BERBICARA

10 GAMBAR COMEL ATIKAH SUHAIME HEROIN BILA HATI BERBICARA | Mungkin ada yang belum mengenali pendatang baru, Atikah Suhaime, 23 yang pernah berlakon dalam filem seram Highland Tower dan drama bersiri Dewi Lasak. Wajahnya yang keayuan berjaya membuat sesiapa yang memandang pasti hati terpaut.

Kali ini, dia diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama terbaru TV3 Bila Hati Berbicara gandingan hebat bersama Syafiq Kyle dan Hafreez Adam.

Drama adaptasi daripada sebuah novel ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Turut menampilkan pelakon hebat seperti Azwan Kombos dan Raja Illya.










Bila Hati Berbicara merupakan drama bersiri 32 episod yang akan bersiaran hari ini, 28 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam yang menggantikan “Maaf Jika Aku Tak Sempurna “.

Sinopsis

Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania.

Apakah yang akan terjadi dalam kisah percintaan antara Emir dan Tania? Jangan lupa saksikan Bila Hati Berbicara mulai hari ini pada jam 7.00 malam hanya di slot Akasia saluran TV3.





No comments:

Post a Comment