Wednesday 29 October 2014

KONTROVERSI ANTARA TASHA SHILLA DAN SARA ALI PUNCA DRAMA MJATS MENDAPAT SAMBUTAN


KONTROVERSI ANTARA TASHA SHILLA DAN SARA ALI PUNCA DRAMA MJATS MENDAPAT SAMBUTAN | Drama popular stesen TV3 Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJAKTS) telah mendapat sambutan hangat daripada penonton. Desas-desus mengatakan drama tersebut mendapat sambutan hangat disebabkan kontroversi yang dilakukan oleh dua orang pelakon cantik drama tersebut iaitu Sara Ali dan Tasha Shilla.

Namun hal itu disangkal oleh penerbit drama MJAKTS iaitu Fadzil Teh yang menegaskan drama tersebut mendapat sambutan hangat bukan disebabkan kontroversi yang melanda dua barisan pelakonnya, iaitu Sara Ali dan Tasha Shilla.

Fadzil berkata, karya itu menjadi fenomena kerana jalan cerita drama yang diadaptasi daripada novel karya Acik Lana yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri selain barisan pelakon yang berbakat.

“Saya tak rasa ia popular kerana kontroversi yang tersetus. Ini kerana novel MJATS sudah pun mempunyai pengikutnya dan apabila ia diadaptasi ke sebuah drama, pengikutnya menjadi lebih besar.

“Tambahan pula kita tahu, mana-mana drama yang disiarkan di slot Akasia akan menerima jumlah tontonan yang tinggi kerana masa siarannya merupakan waktu kemuncak.

“Alhamdulillah, saya difahamkan MJATS mendapat rating yang tinggi. Cuma saya belum menerima maklum balas daripada pihak stesen TV3 mengenai jumlah tontonan yang dikumpul,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Terdahulu, nama Tasha menjadi sebutan ramai apabila dituduh berkelakuan sumbang dengan kekasihnya, Han di lokasi penggambaran drama itu.

Selepas itu, tidak lama kemudian, Sara Ali pula dikatakan bermasam muka dengan pengarahnya, Shuhaimi Lua Abdullah kononnya terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan.

No comments:

Post a Comment