Thursday 30 October 2014

(16 GAMBAR) REMY ISHAK DAN SARA ALI DI SARAJEVO



(16 GAMBAR) REMY ISHAK DAN SARA ALI DI SARAJEVO  | Selalunya kalau penggambaran drama di luar negara, tempat yang sering menjadi pilihan pengarah ialah Paris, London dan kota-kota Eropah seperti Istanbul, Venice serta sebagainya. Jadi apabila mengetahui Remy Ishak dan Sara Ali diterbangkan ke Sarajevo, Bosnia untuk penggambaran drama Satu Hari Di Sarajevo, terasa unik dan terus menarik perhatian Abang Nara. Memang jarang Bosnia menjadi pilihan, pasti unik drama yang akan ditayangkan di TV9 ini.


Remy Ishak sekarang ini sedang popular menerusi drama Kasih Berbisik yang ditayangkan di TV3. Sementara drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna lakonan Sara Ali juga baru selesai ditayangkan di saluran yang sama. Nampak gayanya kedua-dua pelakon ini amat murah rezeki dan terus dibanjiri tawaran. Alhamdulillah. Tak sabar nak tengok gandingan mereka berdua.


Apa pun diharap penggambaran drama Satu Hari Di Sarajevo yang turut menampilkan Rita Rudaini ini berjalan lancar. Tengok gambar pun dah tahu betapa sejuknya cuaca di Sarajevo. Sila pakai baju tebal-tebal. Nanti demam pulak. Hehehe. Lagi beberapa gambar Remy Ishak dan Sara Ali di Sarajevo, Bosnia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment