Thursday 30 October 2014

TAUKE JAMBU SUDAH 10 TAHUN TAK JUMPA ANAK-ANAK

TAUKE JAMBU SUDAH 10 TAHUN TAK JUMPA ANAK-ANAK | Sedih. Kalau Saya sehari tak jumpa anak-anak pun dah rasa rindu yang teramat, inikan pula Tauke Jambu yang dah tak jumpa 3 orang anaknya hasil perkahwinan pertama selama 10 tahun. Serius lama sangat tue. Mesti Tauke rindu serindu-rindunya mahu melihat wajah, keletah dan aksi anak-anaknya. Agak menyedihkan kerana Tauke memaklumkan yang dia memang terputus hubungan dan tidak tahu cara untuk ‘contact’ anak-anaknya itu.


Kalau tak silap Saya, Tauke Jambu sudah pun berkahwin sebanyak 3 kali. Bercerita mengenai anak-anak hasil perkahwinan pertamanya itu, Tauke berkata:-

Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya.

Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana.

Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti


Hmmmm. Saya dapat bayangkan betapa rindunya Tauke kepada anak-anaknya. Bersabarlah Tauke. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan ketemu jua. Buat masa ini, perlahan-lahan cubalah cari maklumat mengenai bekas isteri dan anak-anak anda. Abang Nara pasti mereka juga dahagakan kasih seorang ayah. Bak kata pepatah, air yang dicincang pasti tidak akan putus. Semoga akan ketemu jua suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment