Thursday, 9 October 2014

(4 GAMBAR) TAHNIAH BUAT ERIN MALEK DAN FARRIZ FAUZY, BAKAL BERNIKAH ESOK

(4 GAMBAR) TAHNIAH BUAT ERIN MALEK DAN FARRIZ FAUZY, BAKAL BERNIKAH ESOK | Malam esok, pelakon Erin Malek akan melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Farriz Fawzy di kediaman keluarga Erin, di Ampang.

(4 GAMBAR) TAHNIAH BUAT ERIN MALEK DAN FARRIZ FAUZY, BAKAL BERNIKAH ESOK

Menurut laporan Berita Harian majlis Resepsi Erin akan berlangsung pula pada keesokan harinya di sebuah hotel, manakala majlis bertandang keluarga Farriz ialah pada 24 Oktober.

Sebenarnya, tarikh asal pernikahan mereka ialah pada 10 Januari 2015, bagaimanapun pasangan ini mempunyai alasan tersendiri untuk mempercepatkan pernikahan mereka.

Tapi, selepas berbincang balik kami sepakat untuk mempercepatkan majlis kepada tarikh sekarang. Lagipun benda baik tak wajar ditangguhkan.

Nak dijadikan cerita, tarikh 10 Oktober 2014 (10.10.2014) ini nombornya nampak cantik dan senang nak ingat.

Tambah Erin, dia dan Farriz bakal berbulan madu di Los Angeles.

Selesai majlis resepsi sebelah keluarga lelaki, Insya-Allah kami akan ke sana (Amerika Syarikat).

Set gambar yang dipaparkan dalam entri ini ialah dari koleksi gambar pra-perkahwinan Erin dan Farriz hasil bidikan CST Production.

Memang benar, benda yang baik dan tiada halangan buat apa ditangguhkan, ya tak? Bersama kita doakan hari bersejarah pasangan ini esok akan dipermudahkan Amin.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment