Thursday, 9 October 2014

AMAR BAHARIN AJAK SIAPA KAHWIN?

AMAR BAHARIN AJAK SIAPA KAHWIN?

AMAR BAHARIN AJAK SIAPA KAHWIN? | Wah kami terkejut bila dapat tahu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan iaitu Amar Baharin ini tidak habis-habis mengajak orang kahwin di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Siasat punya siasat rupanya dia mengajak orang ramai terutama peminatnya untuk ke karnival Jom Kahwin bukan dia ajak sesiapa untuk berkahwin dengannya. Karnival itu dengarnya untuk pasangan yang merancang untuk berkahwin dan sedang membuat persiapan.


Yelah, kalau benar dia ajak orang kahwin orang pertama yang Murai Batu terbayangkan adalah Izreen Azmindar iaitu pasangannya di dalam drama bersiri yang popular itu. Malah dalam poster Jom Kahwin itu pun terdapat fotonya dan Izreen berbaju kahwin.


Malah mereka kan sering digosipkan bersama setelah drama bersiri itu popular dan terbaru muncul dalam sebuah telemovie yang juga sambungan daripada siri itu.


Apa-apa pun Murai Batu pasti ramai peminat mereka yang akan bersama-sama berada di sana untuk berjumpa dan mengambil peluang bergambar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment