
DILANTIK MODEL HOT PERFUME, ZAIN SAIDIN ANGGAP REZEKI ANAK
DILANTIK MODEL HOT PERFUME, ZAIN SAIDIN ANGGAP REZEKI ANAK | Pelakon Zain Saidin akui rezekinya semakin mencurah-curah selepas isterinya, Rozita Che Wan hamil dan bakal lahir anak mereka tidak lama lagi.
Terbaru, Zain Saidin menyifatkan tawaran sebagai model untuk pewangi Hot Perfume sebagai rezeki bakal anaknya juga.
“Alhamdulillah, rezeki anak. Saya ditawarkan sebagai model produk ini kira-kira enam bulan lalu. Saya tak ambil masa lama untu bersetuju.
“Lagipun saya memang suka bauan yang wangi. Produk ini pun antara produk Malaysia jadi ini juga sebagai tanda sokongan saya kepada produk tempatan.
“Selain itu, saya perasan sejak akhir-akhir ini juga rezeki saya untuk menjadi duta beberapa produk pun semakin menggalakan dan saya tidak menolak tawaran yang datang,” katanya kepada murai.com.my selepas majlis yang mengumumkannya sebagai model produk pewangi tersebut.
Dalam pada itu, Pengarah syarikat HotPerfumes dan Air Freshners Industries Sdn Bhd (HPAFISB), Tuan Syeikh Ahmad Shazali Zahidi berkata, pemilihan Zain sebagai model HotPerfumes seiring dengan matlamat untuk memasarkan dan menarik lebih ramai pengguna bukan muslim kerana Zain mempunyai aura dan peminat dikalangan peminat Melayu juga bukan Melayu.
“Bagi kami, personaliti dan populariti yang dimilik Zain melambangkan 1Malaysia kerana bukan saja mempunyai peminat dikalangan Melayu dan bukan Melayu. Ia seiring dengan misi syarikat kami iaitu mahu menarik minat para pengguna di kalangan pelbagai bangsa", katanya.
Memasuki pasaran hampir tujuh tahun, produk HotPerfumes terdiri daripada pewangi badan lelaki & perempuan, pewangi pejabat rumah, penyegar udara dan pewangi kereta.
No comments:
Post a Comment