Friday, 10 October 2014

AIR MATA IFA RAZIAH BERJUJURAN DALAM TERIMA KASIH IBU

AIR MATA IFA RAZIAH BERJUJURAN DALAM TERIMA KASIH IBU

AIR MATA IFA RAZIAH BERJUJURAN DALAM TERIMA KASIH IBU | Pertama kali diberi peluang mengendalikan program realiti show sendiri yang melibatkan pengorbanan insan bernama ibu, pelakon dan pengacara Ifa Raziah akui tidak dapat membendung air matanya dari terus mengalir.

Ifa Raziah berkata program Terima Kasih Ibu yang disiarkan di Astro Prima (saluran 105) setiap hari Isnin, jam 9.30 malam itu telah banyak memberi kesedaran dan menyentuh hatinya setiap kali menemuramah dan melayan kehendak ibu bertuah yang menjadi jemputannya setiap minggu.

“Program ini sebenarnya merupakan program di mana setiap episode aka nada seorang Ibu yang akan menerima kejutan dari pihak kami yang datang ke rumah mereka untuk membawa mereka keluar bercuti dan beristirehat selama 2 hari 1 malam bersama saya.

“Biasanya ibu-ibu yang bertuah ini adalah mereka yang tidak pernah terfikir akan mendapat layanan istimewa seperti mana kami melayan mereka sepanjang percutian itu. Mereka akan menerima pelbagai kejutan istimewa yang selama ini mereka idamkan.

“Sepanjang merakamkan program ini, terus-terang saya katakana, air mata saya tidak pernah kering dek kerana tersentuh melihat dan mendengar cerita sedih mereka yang bersusuah payah membesarkan anak-anak sehingga berjaya.

“Banyak perit getir yang dikongsikan mereka tanpa meminta sebarang belas kasihan daripada sesiapa. Saya pula tersentuh kerana setiap kali saya lihat mereka saya akan teringatakan ibu saya yang sudah beberapa tahun meninggalkan kami adik beradik,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Terima Kasih Ibu yang sudah mula ditayangkan bermula 29 September lalu itu mempunyai 13 episod kesemuanya.

Ifa Raziah memberitahu dia bersyukur walapun tidak dapat membalas jasa ibunya sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya dia telah berusaha menggembirakn ibunya sementara arwah masih hidup.

“Bila lihat sahaja wajah ibu-ibu ini saya seolah-olah terasa kehilangan sesuatu iaitu ibu saya dan saya selalu berharap alangkah seoronoknya kalau saya dapat putarkan balik waktu untuk saya menghabiskan masa sepuasnya bersama ibu saya.

“Tapi saya bersyukur sepanjang mak saya hidup saya sudah curahkan segala kasih saya serta memenuhi kehendaknya semasa dia hidup walaupun saya tahu nilai yang saya berikan itu tak sama dengan nilai ibu menjaga dan menyuskan saya waktu kecil,” luahnya lagi.

Sementara itu, Ifa memberitahu dia juga berasa gembira kerana program itu mendapat maklum balas yang sangat memberansangkan daripada penonton apabila ianya mencapai rating lebih 100 000 penonton pada episode pertama.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, akak iffa...program in masih berjalan ke?atau hanya ulanga di tv.. sbb sy no kinta surprisekan until mak sy..

    ReplyDelete