11 FOTO ADAT MERENJIS KEPULANGAN BAYI KEDUA FASHA SANDHA | Gambar menarik anak Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima yang disambut secara adat oleh ibu mertua Fasha.
Putri Raysha telah disambut dengan renjisan air mawar dan ditabur dengan beras kunyit ketika masuk ke rumah mertuanya itu. Selain itu, bayi tersebut juga telah diberi merasa air zam zam, kurma, gula, garam dan asam.
Paling menarik, ibu Jejai juga telah memberi nama tersendiri buat puteri Raysha iaitu Cahaya Murni.
Namun bagi yang masih tertanya-tanya mengenai makna nama Putri Raysha Jemaima, ini kata Fasha:-
"Ramai bertanya tentang maksud nama my baby, Putri Raysha Jemaima adalah nama dalam bahasa Arab yang Membawa maksud Putri -Puteri Raysha-Pemimpin Jemaima-Salah seorang daripada 3 anak Nabi Ayub yang paling cantik. Lama juga ibu and dada fikir nama untuk baby, Alhamdulillah dapat nama ini. I got my 12th day old pic from mama. She said Raysha got my eyes and lips."
No comments:
Post a Comment