KISAH PERCINTAAN EWAL AF2014 DAN CHACHA MAEMBONG | Pemenang tempat ketiga #AF2014 Ewal tanpa segan silu memperjelaskan hubungan cintanya bersama Chacha Maembong telah lama berakhir.
Hubungan yang hanya bertahan selama 6 bulan itu atas dasar perbincangan mereka berdua tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Saya dah lama putus dengan Chacha, tahun lepas lagi kami tidak bersama. Punca perpisahan kami ialah kekangan masa dan kesibukan kerja, kami sama-sama faham,” kata Ewal
Menurutnya lagi, dia bersedia dengan apa jua cabaran sekiranya ia tidak mencetuskan kontoversi sehingga menggugat kerjayanya.
“Kisah cinta saya dengan Chacha pun tidaklah terlalu meliar sangat, sekadar memuat naik gambar Instagram sahaja. Saya kalau bercinta sikap dan tingkah laku saya jaga,” ujarnya.
Mengenai kariernya setelah tamat AF2014, Ewal telah bersedia sepenuhnya terutama konsep lagu yang ingin diketengahkan.
“Dulu saya memang gemar genre lagu rancak namun setelah tamat akademi ini, tenaga pengajar melihat potensi saya lebih kepada genre pop rock atau balada,” kata Ewal.
Ewal juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong yang mengundinya sehingga meraih tempat di Akademi Fantasia 2014.
No comments:
Post a Comment