Sunday, 9 November 2014

AMYRA ROSLI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN SHA JASZLE


AMYRA ROSLI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN SHA JASZLE | Amyra Rosli baru-baru ini tak jadi kahwin dengan Dazrin Kamaruddin. Shah Jaszle pula pula putuskan pertunangan dengan Putri dan umum ada kekasih baru. 

Secara logik, macam tak masuk akal kalau tiba-tiba dua manusia ini bercinta. 

Namun itulah desas-desus yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Gosip perhubungan ini timbul gara-gara lakonan mereka berdua di dalam drama Kristal Maya. 

Namun hari ini menerusi Harian Metro, Amyra Rosli tampil menafikan desas-desus tersebut. Menurut Amyra, selepas tamat penggambaran drama tersebut, dia tidak pernah berhubung dengan Shah Jaszle. Kata Amyra:- 


Ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan perkara ini. Saya nak tegaskan kami tak ada apa-apa hubungan langsung. Perkara ini tak sepatutnya timbul. 

Bagi saya itu benda sudah lepas. Manalah saya ada berhubung dengan dia selepas penggambaran drama itu tamat sebab kami hanya bercakap pun sebagai pelakon di lokasi sahaja. Tak ada apa yang lebih daripada itu pun, percayalah. 

Malah kami pun hanya bertegur sapa di lokasi biasa-biasa saja jadi tak mungkin nak ada hubungan yang lebih-lebih macam diperkatakan. Saya berani sahkan memang tak ada apa-apa berlaku antara kami. 


Pastinya kekasih Shah Jaszle yang bernama Hanis boleh menarik nafas lega mendengar pengakuan daripada Amyra Rosli ini. Mesti Hanis sebenarnya cuak juga mendengar desas-desus ini. 

Harap-harap tak adalah sampai bergaduh. Yang penting dapatkan kepastian daripada Shah Jaszle terlebih dahulu sebelum cemburu membabi-buta. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment